Tanpa kita sedar, sebenarnya pembantu rumah atau maid atau orang gaji ini, mereka telah membantu kita meringankan kerja-kerja rumah. Disebabkan sibuk bekerja atau ahli keluarga yang ramai, sebagai seorang ibu atau bapa pun tidak terlarat untuk mengemas dan membersihkan rumah.
Jadi, tugas-tugas ini diambil oleh pembantu rumah yang telah kita upahkan (atau dibayar gaji). Antara peranan pembantu rumah adalah:
1) Membantu menjaga dan memantau anak-anak ketika kita sibuk bekerja.
2) Mengemas rumah supaya kebersihan dan kekemasan terjaga.
3) Jika kita mempunyai ibu bapa yang sudah tua, mereka menjadi peneman mereka.
4) Pembantu rumah dapat mengurangkan kos penghantaran ke pusat-pusat asuhan sekiranya anak-anak kita masih kecil dan ramai
Semua ini dapat membantu meringankan kerja-kerja rumah kita apabila kepenatan pulang dari tempat kerja. Jadi, jangan pertikaikan kerja-kerja seorang pembantu rumah.
Siapa kata kerja pembantu rumah ini mudah? Bermula dengan jam 5 pagi, mereka sudah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi dan membuat kerja-kerja pada waktu pagi (seperti mengemas dapur atau membasuh kain). Tidur belum tentu awal sekiranya tuan rumah masih berjaga sehingga jam 12 tengah malam. Ketika itu, barulah pembantu rumah dapat melelapkan mata.
Berikut adalah bidang tugas sebagai seorang pembantu rumah:
1) Menyapu sampah
2) Mencuci baju
3) Mengemas rumah
4) Membersihkan habuk
5) Mengemop lantai
6) Membersihkan halaman rumah
7) Memasak dan menyediakan makanan
8) Memantau anak-anak kecil
9) Menjaga keselamatan ahli keluarga di dalam rumah

