Restoran mamak terdesak cari 30,000 pekerja​

    Sumber: Utusan Online bertarikh 6 Jun 2022

PETALING JAYA: Seiring dengan peningkatan jumlah pelanggan berikutan pemulihan dalam sektor ekonomi negara, restoran-restoran mamak semakin terdesak mendapatkan pekerja dan sejumlah 30,000 kekosongan perlu diisi segera.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, angka terkini itu dilaporkan oleh restoran-restoran di bawah Presma dan mereka sangat menggalakkan penyertaan pekerja tempatan.

“Pelbagai langkah diambil Presma untuk menarik penyertaan pekerja tempatan. Misalnya, kami sudah meletakkan banner yang menawarkan peluang kerja di restoran-restoran kami.

“Namun setakat ini, sambutan yang diterima tidak menggalakkan. Maka, untuk memastikan kelancaran operasi restoran, kami terpaksa beralih kepada pekerja asing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jawahar Ali Taib Khan
Jawahar Ali berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama beberapa kementerian bagi membantu dalam soal memenuhi sektor kekosongan kerja dalam kalangan restoran-restoran mamak seluruh negara.

“Alhamdulillah, kerajaan mendengar keluhan kami. Mereka banyak membantu memudah cara melalui pelbagai sesi libat urus dengan pemain-pemain industri,” katanya.

1 thought on “Restoran mamak terdesak cari 30,000 pekerja​”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Can I assist you...